Terms & Conditions
Last updated: January 14, 2026
Please read these terms and conditions carefully before using Our Service.
1. TEMPAHAN & BAYARAN
- 1.1. Tempahan dianggap sah selepas pembayaran deposit dibuat.
- 1.2. Pembayaran deposit tempahan adalah non-refundable sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan mereka walau atas apa sebab sekalipun.
- 1.3. Baki bayaran mesti diselesaikan selepas sesi photoshoot.
- 1.4. Pihak kami berhak untuk tidak menyiapkan, melewatkan proses atau atau tidak menyerahkan produk sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
2. WAKTU SESI & KETIBAAN
- 2.1. Masa sesi bermula mengikut masa tempahan, bukan masa ketibaan pelanggan.
- 2.2. Datang Awal 15 Minit Sebelum Waktu Booking Untuk elakkan kelewatan dan pastikan sesi berjalan lancar.
- 2.3. Sila Bersiap Dari Rumah Termasuk pakaian, solekan dan rambut. (Touch-up ringan dibenarkan di studio.)
- 2.4. Jika lewat, masa sesi tidak akan ditambah.
- 2.5. Jika pelanggan lewat lebih 20 minit, sesi boleh dibatalkan tanpa refund.
3. PENGGUNAAN STUDIO
- 3.1. Pelanggan bertanggungjawab menjaga kebersihan & keselamatan peralatan studio.
- 3.2. Sebarang kerosakan akibat kecuaian pelanggan akan dikenakan caj gantirugi.
- 3.3. Tidak dibenarkan membawa makanan/minuman yang mudah tumpah tanpa kebenaran.
- 3.4. Maksimum jumlah orang di dalam studio mengikut pakej yang dipilih.
4. GAMBAR & HAK CIPTA
- 4.1. Semua gambar yang diambil adalah hak milik studio, kecuali dinyatakan sebaliknya.
- 4.2. Studio berhak menggunakan gambar untuk tujuan promosi (media sosial, website, portfolio).
- 4.3. Jika pelanggan tidak mahu gambar digunakan untuk promosi, sila maklumkan sebelumnya .
- 4.4. Pelanggan hanya dibenarkan guna gambar untuk kegunaan peribadi atau komersial ringan, tidak boleh menjual kepada pihak ketiga.
5. EDITING, PENYERAHAN GAMBAR & PENGAMBILAN PRODUK
- 5.1. Gambar siap akan dihantar dalam 1-3 hari bekerja, bergantung pada pakej.
- 5.2. Editing adalah mengikut gaya colour grading studio.
- 5.3. Permintaan editing tambahan (buang jerawat, kuruskan badan, tambah elemen, heavy retouch) mungkin dikenakan caj ekstra.
- 5.4. Studio hanya menyerahkan gambar yang telah dipilih & diedit.
- 5.5. RAW files tidak diberikan.
- 5.6. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan apabila produk telah siap untuk pengambilan.
- 5.7. Kami boleh menghantar produk melalui perkhidmatan JNT,GDEX,POSLAJU atau perkhidmatan seumpamanya. Namun begitu segala caj penghantaran perlu dijelaskan oleh pelanggan terlebih dahulu.
- 5.8 Sekiranya pelanggan tidak mengambil produk tersebut dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh dimaklumkan pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk tersebut atas sebarang sebab sekalipun.
- 5.9 Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, softcopy gambar tidak lagi diberi melalui DVD, VCD ataupun pendrive. Pihak kami akan memuatnaik gambar ke Google Drive bagi membolehkan pelanggan memuatturun gambar. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk memuatturun gambar dalam tempoh 2 BULAN sebelum kami delete dalam google drive.
- 5.10 Sekiranya pelanggan tetap mahukan salinan gambar di dalam pendrive, pelanggan dikehendaki membayar kos pendrive tersebut.
6. KESELAMATAN & PRIVASI
- 6.1. Barang peribadi pelanggan adalah tanggungjawab sendiri.
- 6.2. Studio tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang.
- 6.3. Dilarang merakam video/behind the scenes kecuali dengan kebenaran.
7. PENANGGUHAN / PENUKARAN TARIKH DAN MASA
- 7.1. Penukaran TARIKH dibenarkan sekali sahaja dan perlu dibuat sekurang-kurangnya 84 jam / 3 hari awal.
- 7.2. Penukaran TARIKH tertakluk kepada kekosongan jadual.
- 7.3. Jika pelanggan tidak hadir pada TARIKH baru, deposit burn.
- 7.4 Penukaran MASA dibenarkan pada bukan waktu SESAK (Seminggu Sebelum Raya sehingga Raya Ke Tujuh), akan tetapi, masih boleh berbincang dengan Admin kami jika boleh ditukar. Jika masa dan tarikh anda itu di dalam waktu SESAK, berkemungkinan tiada harapan untuk penukaran masa. Solusi yang ada hanyalah PENUKARAN TARIKH BARU.
8. LAIN-LAIN
- 8.1. Studio berhak menolak permintaan yang melibatkan konten sensitiviti (lucah, keganasan, politik ekstrem).
- 8.2. Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap bersetuju dengan semua Terma & Syarat ini.